(REVIEW TH) Acne & Blackhead Busters


JERAWAT!
ada je dia nak naik. tapi kadang-kadang jelaaa. haaa

ni nak beritahu apa yang Tsumiki buat kat jerawat yang datang bertenggek kat muka ni. geram tak geram nak picit je depa ni tapi tak elok buat gitu sebenarnya (tapi buat jugak kadang-kadang haaaa :P)

Tsumiki nak kongsi review tentang beberapa produk yang katanya membantu mengeringkan jerawat, membunuh jerawat dan memastikan jerawat tak meninggalkan parut pelik atas muka. yeahh

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAA





Mesti pernah nampak kan diorang semua ni? hehe. Boleh tahan la juga diorang ni. Membantu jugakla Tsumiki untuk melupuskan jerawat tak guna ni. Tapi tak adalah guna sekali gus. Ikut turutan yee

INNISFREE Jeju Volcanic Pore Clay Mask

So far ni salah satu wash off mask yang paling best Tsumiki pernah pakai. Tsumiki ni jenis fetish kat mask muka jugak tapi selalu best yang cotton sheet yang basah tu. Tapi yang ini, best! Sesuai sangat untuk sapa-sapa yang muka berminyak dan selamat juga dipakai kalau muka anda kering. Tapi jangan pakai lama sangat ye. 15 minit sahaja.

Kalau datang jerawat besar bapak tu, tetiba meletup, Tsumiki basuh2 sikit pastu keringkan. Letak sikit clay mask ni kat jerawat tu sebelum tidur. Esok pagi basuh. Pergh. Memang kemerahan tu kurang, pastu jerawat macam reda sikit, tak bengkak macam semalam. Yeeeehaaaaaaaaa. Tapi satu bendalah yang kurang best - dia buat muka jadi kering. Tsumiki pakai sekali seminggu jeee.

(Tak sempat habiskan sebab biar lama-lama dia jadi kering, susah nak letak atas muka, jadi Tsumiki berhenti pakai).

OXY Anti-Bacterial Acne Patch

Sebenarnya pertama kali cuba, sebelum Tsumiki selalu pakai yang jenama NEXCARE punya. nak buat perbandingan tu... hmm... macam lebih kurang sama je. Fungsi dia sama saja, tempek kat jerawat - dia sedut segala benda putih lebih tu - kurangkan bengkak - melindungi jerawat daripada disentuh (sebab Tsumiki jenis gatal tangan suka nak pegang-pegang haha).

OXY yang ini dia ada beberapa jenis, ada yang nipis, yang tebal, tapi yang Tsumiki suka, dia siap ada penyepit khas untuk kita guna nak letak patch tu kat muka (lebih bersih la kiranya). Jadi lepas dah guna banyak kali, Tsumiki rasa OXY punya ni lebih baik dari NEXCARE. hehe

Sexy Look Blackhead Pore Cleanser Set

Yang ini pun Tsumiki beli kat Hermo juga. Tsumiki selalu juga pakai mask tarik-tarik macam ni, sebab kadang-kadang ada bintik hitam/putih yang hanya boleh tanggal dengan mask jenis ni.

Dah pakai banyak kali tapi lama-lama tu dia tak berapa menjadi sangat....Pastu Tsumiki berhenti pakai sebab takut memberi iritasi pada kulit. Lagi satu, dia ada beberapa bahan kimia yang agak kuat juga la heheh =="

Okey, itu je review untuk produk-produk ni. Saja bosan-bosan nak kongsi pengalaman. Rajin sangat beli, cuba rajin pakai, pastu cuba jugak untuk rajin membuat review (sebab dah tak ada idea nak taip apa lol XD)




0

Lovetopia

Alhamdulilah

tak sangka karya yang tidak seberapa ni dapat perhatian dan pengiktirafan. yeay!

Dua semester lepas, Tsumiki buat satu video stopmotion animation pakai papercut style, untuk 1 minit je. Ni sebenarnya untuk assignment, tapi masa buat tu memang betul-betul curahkan segala rasa la dalam ni T___________T

Nak buat benda alah punya tak tidur berhari-hari. Pastu kawan serumah duk pelik tengok budak sorang ni main anak-anak atas meja dengan kamera DLSR yang tak ada tripod. sedih! buatlah tripod pakai tupperware. haha



Gatal tangan pergi hantar video ni untuk masuk bertanding dalam anugerah KaryaOne.
ohhh anugerah KaryaOne tu sebenarnya fakulti punya 'grammy awards' untuk mengiktirafkan pelajar FiTA yang suka berkarya.

Curious jugak apa jadi kalau Tsumiki cuba hantar yang ini

Tsumiki masuk laaa untuk kategori Video Eksperimental.

Tapi malam anugerah tu, perghh tak sangka menang! hahahaha T____T

ni je gambar yang ada. T_T

memang tak sempat nak ambik sebab Tsumiki jalan laju sangat macam nak cepat pergi mana ntah.
hahahahahahhaha macam lipas kena sembur je.

syukur sangat. sebab first time dapat hoooo

Nampaklah Tsumiki jiwang. hahahahaha jiwang gila babun. Bagi satu kelas tengok masa presentation, semua dah macam ehem ehem. Yang ditarget pun senyum simpul je. Tapi bila tanya balik dia faham video tu. Terus rasa nak tercabut jantung tapi gembira sangat bila dia dapat faham metafora dalam video merepek tu hehehehe

Dalam video merepek nilah Tsumiki curahkan angan-angan Tsumiki nak bina keluarga yang bahagia suatu hari nanti. Tsumiki nak kecap Lovetopia tu dalam hidup. Yang mana Tsumiki pun perlulah sayang diri sendiri, sayang Tuhan, dan orang-orang yang banyak memberi sokongan pada Tsumiki. Tsumiki tak ramai kawan tau :p Tapi Tsumiki bersyukur Tsumiki ada keluarga yang harmoni, dan beberapa rakan yang sangat memberi sokongan.

Khas untuk adik-adik yang ambil bidang seni. Just do what you love to do and ignore the people who hate you.

*tetiba berubah jadi pakar motivasi pulak haha*

Yup, mungkin video ini tak seberapa dan banyak kesilapan sini sana. Tapi, bagi Tsumiki, content itu yang penting. Teknikal boleh dilatih lagi~

peaceeee

4

road to final semester.

huyoooo

beribu tahun Tsumiki tak update blog akhirnya berkesempatan nak update.
sorry tau followers sekekelelian

ni pun curi tulang jap masa cuti tengah melawan malas nak mulakan produksi untuk projek tahun akhir Tsumiki. masa cuti sem ni. MASA CUTI SEM TAU! grrrr! bukan masa bukak sem. sebab sem depan minggu pertama kuliah, Tsumiki kena bentangkan sekurang-kurang satu babak yang dah siap animate. (fuhh)

whyyyyyy

tak apa. insyaAllah dapat grad (aminnnnnnnnnnnn)
lepas grad, boleh dah rest lagi sebelum cari kerja.

buat masa ni, Tsumiki baru tengah biasakan diri dengan perisian baru untuk memudahkan kerja animasi Tsumiki. Nasib baik animasi 2d je. kalau animasi 3d, kebaaabom! tapi Tsumiki suka animasi 3d. cuma malas nak render. hahaha

gila apa nak animate render pun malas. apalah

takpe. kuatkan dirilah kita mengadap laptop masa cuti. walaupun malas tapi kena lawan. semoga Tsumiki dapat siapkan apa yang patut. nak siapkan terus tu agak mustahil sebab storyline pun dah ubah. memang kena buat storyboard balik sikit. tapi nak buat rough-rough je.

pada adik-adik yang nak jadi pelajar Animasi UiTM ni, adik-adik kenalah menghadapi kemungkinan besar yang mana adik-adik kena tabah melawan kemalasan diri ketika cuti semester sebelum semester akhir. sebab apa? sebab semester akhir adik-adik akan sibuk dengan pelbagai benda - viva, tesis, acara Animation Kingdom dan pembentangan untuk projek akhir adik-adik. 

iye, memang risau bercampur takut kalau tak uruskan sekarang. habislah aku


2

(REVIEW TH) Naruko Skincare

Blog TH nampaknya dah separuh mati hahha

TAK APA YEAHHHHHHHHH TSUMIKI DATANG BALIK YEAHHHH YEAHHH YEAHHH
YEAHHHHHOOOOOO

*over pulak hihi*

dari bulan Mac hari tu Tsumiki tukar skincare baru setelah bertahun pakai SAFI. agak pening juga nak pilih yang mana yang sesuai dengan kondisi kulit Tsumiki. Masa pakai SAFI hari tu, kulit Tsumiki jadi kering dan jerawat tiba-tiba tumbuh dengan gembiranya. 

Stres sangat agaknya. Lepas tu makan tak jaga sangat. Air kosong pun kurang. Hmm

Jadi Tsumiki research banyak2 tentang skincare set di internet. Pastu nak cari yang organik dan bebas kimia berbahaya tu pun susah nak cari. Tambahan pula banyak yang harga dia terlampau mahal.

Kondisi kulit Tsumiki adalah combination skin. Berminyak di T-zone, dan agak kering di bahagian pipi dan dagu. sobs

Tsumiki jenis suka beli skincare, nak pakai satu set kalau boleh. yang ada pencuci, toner, moisturizer, serum dan krim malam. taknak bergantung pada pencuci semata.

Pastu Tsumiki cari-cari dekat laman web Watsons atau Hermo.my terjumpa jenama NARUKO.
pergi google pasal skincare NARUKO, ada pulak terjumpa Naruto. ahahahah bongok 

NARUKO adalah jenama dari Taiwan. ada cawangan besar di Singapura dan di Malaysia, cawangan dia kat Johor. Menurut apa yang Tsumiki baca, jenama ni banyak gunakan ekstrak tumbuhan dan bunga dalam produknya. Organic, free of parabens, artificial fragrance, mineral oil, and animal cruelty. Harga pun agak berpatutan dan tak adalah terlalu mahal sampai sebotol lebih rm100. botak kepala gitu.

Selepas baca banyak review tentang produk NARUKO, Tsumiki rasa nak cuba. Nak cari trial set tak ada la pulakk T_T Jadinya, Tsumiki ambil risiko beli satu set terus, online shop dari cawangan NARUKO sendiri. sebab masa tu NARUKO belum ada di Watsons.

Tsumiki beli set Rose & Botanic HA Aqua Cubic punya range, yang dikhususkan untuk kulit kering. teehee

tadaaaaaaaaaa >_<

Botol dia warna magenta. Bukak2 bau bunga ros segar. Dia bukan bau rose macam perfume tu, tapi bau ros yang bunga segar tu yang orang buat hadiah bagi masa konvo tu. Best gila!

Tsumiki cuba pencuci, toner, moisutrizer, serum, dan night gelly dari range ni sejak bulan Mac hari tu. Hasilnya, okey dan sesuai sangat dengan kulit Tsumiki~ Pencuci muka dah habis awal jadi Tsumiki beli pencuci muka lain. Bukan NARUKO punya. Sebab pencuci dia Tsumiki tak berapa suka sangat, dia agak keringkan muka. tak selesa. Jadi Tsumiki dah berhenti pakai pencuci muka dia.

Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Hydrator EX aka toner :3

senarai bahan-bahan yang ada. sorry tak nampak kat tepi. haa

Bahan dia so far tak nampak lagi ada paraben dalam ni. alcohol takde, tapi ada retinyl palmitate dan butylene glycol yang agak bahaya sikit la, menurut CosDNA.

Dari segi tekstur, toner dia nampak clear macam air tapi dia macam sedikit pekat dan melekit bila mula-mula pakai. Cara pakai adalah dengan letak setompok kat cotton pad pastu sapu2. Kalau nak buat sapu pakai tangan rasa macam melekit pulak :( Tapi yang bestnya dia memang bagi hidrasi pada kulit dengan bau-bauan ros segar yang wangi. Kalau korang jenis tak suka bau ros, jangan beli. heheheh lols

Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Moisturizer EX.

Huh, lelah gak menyebutnya hahaha. panjang sangat nama dia ni (baru terfikir). Yang atas ni pulak moisturizernya. Dah pakai nak dekat 6 bulan tapi takat tu je dia habis. hahaha XD

bahan-bahan dalam moisturizer ni.

Dari segi tekstur, dia macam bersusu dan warna putih. pun melekit jugak tapi tak berminyak. macam water-based la kot. Tapi secara jujurnya Tsumiki tak berapa sangat moisturizer ni. Dia melekit sangat pastu bila dah lama pakai tu, muka rasa berminyak. Jadi Tsumiki rasa..... mungkin dia terlalu hidrasi sangat sampai berminyak (nampak tak berapa sesuai kot).

Sudah terang lagi bersuluh, range ni masih tak sesuai dengan keadaan kulit Tsumiki. Jadi, sapa-sapa yang betul-betul ada kulit kering gila tu cubalah. Sebab yang ini memang sangat memberi hidrasi.

yang ini Naruko Rose & Botanic HA Aqua Cubic Complex EX. serum rasanya. kehkeh.

Yang kat atas ni pulak serumnya. Tsumiki tak pastilah dia ni serum atau essence, tapi Tsumiki pakai je lepas pakai toner. Teksturnya macam serum biasa, dia clear dan pekat sangat. Tapi bila letak kat muka, dia mula-mula melekit pastu bila dah menyerap dia okey la. Yang ni Tsumiki okey la, dia memang bantu kulit kering.


Yang ni pulak... bacalah sendiri. HAHA XD (jahat)

Yang kat atas ni pulak night jelly, macam lebih kurang krim malam atau sleeping mask. Yang ni Tsumiki suka pakai. Memang rasa damai dan sejuk je atas muka bila masa nak tidur.

dan tekstur dia macam gini. Jelly! nyumnyum~

tiap-tiap malam pakai, esok pagi rasa macam dia dah menyerap masuk. rasa lembut je muka. 
sebab suka sangat pakai jelly ni, Tsumiki sanggup cuba jelly dari range lain. hahahah. 


range lain, tapi still, JELLY!
lebih clear dari jelly yang satu lagi.

yang range merah ni nama dia Raw Job's Tears, yang ni lebih pada brightening dan pore minimizing. Raw Job's Tears tak silap nama lain untuk barli kot. Jadi jelly atas ni memang bau macam barli. XD

rasa muka tak kering dah macam dulu sampai tahap satu hari tu kalau tak letak apa-apa muka dah rasa lembap dan selesa. Alhamdulilah.

Dah suka sangat NARUKO ni sampai beli mask dia pulak. Beli satu set jugak. Gila sudah Tsumiki ni
Tapi mask dia pun best. :)

Mula-mula pakai memang tak nampak hasil dia, tapi lepas berbulan-bulan pakai baru rasa kesan dia tu sikit-sikit. Disebabkan set ini khas untuk hydrating, jadi dia memang hydrating betul la. Duk dalam aircond, muka langsung tak kering. kekal lembap sentiasa. heeee :)

Tsumiki tak kisah kalau set ni tak buat menyerikan kulit, walaupun jerawat masih tumbuh, tapi jerawat xdelah tumbuh banyak macam dulu. Dengan penjagaan makan dan minum air kosong secukupnya okey la sikit. hahahahaha. Kalau boleh memang sampai bila-bila nak pakai yg ni jer. Malas dah nak tukar. lagipun tak elok tukar-tukar selalu. kesian kulit kita kejutan budaya. Tapi malangnya, kalau tak sesuai jugak, kenalah cari yang lain pulak. ddeyyy

Dan...Set ni memang bertahan berbulan-bulan. Jimat kat situ.

Malu nak tunjuk wajah muka sekarang, Bukan apa, memang malu nak letak gambar la. kihkih

gini rasa diaaa~

Konklusinya, bagi Tsumiki, produk ni kira macam best jugak, worth trying tapi kalau nak repurchase tu kena fikir banyak kali.

Pros:
Memang hydrating
Bau dia segar (sebab takde artificial fragrance)
Kurang bahan kimia berbahaya
Harga berpatutan dan jimat
Packaging cantik dan hygenic

Cons:
Tekstur produk melekit (sapa ada muka berminyak, mungkin tak sesuai)
Kesan tak berapa nampak walaupun dah 6 bulan pakai :(
Nama panjang sangat dan agak mengelirukan
Info kat produk dalam bahasa lain. Tak paham, hehehe XD

Okeylah. saja nak kongsi untuk sapa-sapa yang nak cuba produk Naruko ni. Kbai >_<




3

(REVIEW TH) Norah Wax & Dianz Vitamin

dua produk tempatan pilihan Tsumiki~
tried and tested!

tadaaaaaaaaaaaaaaaa

kebabommm


Norah Organic Hair Removal dan Dianz Vitamin C + E are now my favourite. Selepas sebulan cuba, memang puas hati dengan hasilnya.

Norah Organic Hair Removal (yang botol kaca tu) sebenarnya organic wax yang diperbuat dari madu, tea tree dan lemon. khas untuk mencabut bulu-bulu badan dari akar. 

Dengan Norah wax ni lah, Tsumiki terus campak pencukur dalam tong sampah. Sebab, bagi Tsumiki, waxing lebih baik berbanding mencukur. Tsumiki terjumpa produk ni dalam Instagram dari profile HQ utama Norah wax ni.

Terfikir nak cuba waxing pun sebab Tsumiki mengalami sedikit malapetaka dengan mencukur (paham-paham je ler ye). Serik dah. sampai sebulan ada masalah razor bumps kat bahagian badan yang dicukur. Lagi bangang Tsumiki sebab tak pastikan pencukur masih tajam atau tidak. 

Kalau cukur pakai pencukur tumpul, memang teruk akibatnya pada kulit. :(

Buat masa ni Tsumiki cuba Norah Wax jenis cold wax yang mana dia tidak perlu dipanaskan - boleh terus guna on-the-go. Kalau jenis hot wax, kena panaskan dulu baru boleh pakai. Tapi memandang Tsumiki berjinak-jinak dalam waxing ni, elok pakai cold wax dulu, menurut nasihat tauke Norah wax ni sendiri. 

Dan satu lagi, time urusan nak membeli Norah Wax secara online ni, memang dapat layanan superb dari penjualnya. Mesra pelanggan suungguhhhh. (bewitched terus)

Now, Dianz Vitamin (yang botol ungu). Mula-mula jumpa supplimen ni kat FB. Kecoh jugak duk promote produk ni siap dengan testimoni bagai.

Teringin nak cuba sebab dulu memang Tsumiki makan supplimen vitamin C masa zaman sekolah. Tapi bila Tsumiki berhenti makan, muka naik jerawat gilavavi, pastu mudah dapat flu.

Jadi Tsumiki mula balik makan supplimen vitamin C dengan Dianz Vitamin.

Alhamdulilah, setelah sebulan lebih dan habis sebotol, nampaklah bilangan jerawat tumbuh semakin berkurangan. yeahhoooooooooooo
Sekarang sambung botol kedua. Moga-moga baik saja nak menjaga kecantikan diri ni. heheheewhehwehwhwhewe

Norah Wax harga RM35 satu botol tu, Dianz Vitamin pulak RM45/30biji sebotol dan RM90/60 bij sebotol. For more details boleh cari kat FB atau Instagram tentang produk ni.

saja nak share. kbai

0

(REVIEW TH) Yadah!

tiba-tiba blog Tsumiki dah jadi beauty blog lol XD

takpe... sekali sekala nak kongsi benda yang merepek
(nampak sgt tak ada idea di situ) T_________T

sejak mula nak ambil kisah pasal kecantikan diri ni, memang dah mula kenal beberapa jenama produk kecantikan. pastu entah kenapalah Tsumiki suka sangat jenama dari Korea :P

Salah satunya adalah YADAH!

TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

empat produk pilihan hati.

tak habis-habis dengan NARUKO tu..
ahh jap jap, yang pencuci muka ni memang favourite Tsumiki lahh!

pencuci muka namanya YADAH Bubble Deep Cleanser (yang botol putih tu). Dia macam foam cleanser, dan yang bestnya pasal pencuci ni, lepas cuci tak rasa ketat je muka ni. memang kekal lembap walaupun dia mampu membersihkan mekap.

Memang sesuai untuk kulit muka yang sensitif dan kering. Buih-buih dia lembut dan lebih kecik2 berbanding pencuci lain. yeahhhh

PROS
Bau dia tak terlalu artificial, tak menusuk hidung
Buih dia lembut, tak menyebabkan iritasi
Tak rasa kering lepas pakai

CONS
Terlalu simple/lembut untuk bersihkan mekap/sunblock
Takut tak cuci
Buih dia cair sikit

Yang botol pink kecik tu pula YADAH All Day Tint. kiranya dia macam lip tint la. Warna magenta. memang warna dia tahan lama dan bau dia macam bau beri2 gitu.
Cuma Tsumiki pakai sekali sekala je. Sebab warna dia terang sgt untuk Tsumiki. Tapi suka je produk ni. heeeeeee

PROS
Bau macam strawberi
Warna dia terang benderang (dah macam darah aku tengok)
Tak mengeringkan bibir
Warna tahan lama

CONS
Susah nak letak sekata kat bibir (cepat menyerap)
Kalau tak pandai letak boleh jadi huduh

Yang botol silver tu pulak YADAH Oh My Sunblock. Yup, sunblock! Memandangkan Tsumiki jenis tak pakai bedak atau apa-apa foundation yang ada SPF atas muka, Tsumiki pakai sunblock ni je. SPF 35+. Cukup la untuk muka Tsumiki yang agak sensitif ni. Pastu kan, dia cuma krim sunblock yang bukan macam foundation tu. Dia macam moisturizer, lepas pakai tak perlu basuh dengan makeup remover :) Takut juga muka cepat berkedut kalau tak diberi pelindungan dari cahaya matahari. Lagi-lagi hari dah makin panas~ >_<

PROS
Macam moisturiser, tak rasa berat
Muka tak rasa melekit sangat
Kadar sunburn dapat dikurangkan
Bau dia tak kuat sangat menusuk hidung

CONS
Muka boleh jadi berminyak lepas dah lama pakai

Yang tiub berbaring tu pulak YADAH Anti Trouble Spot. Yang ni krim untuk jerawat. Baru je beli krim ni sebab hari tu ada sale kat Hermo.my. Krim ni so far okey juga untuk merawat jerawat degil Tsumiki. Walaupun lambat kesannya, tapi sekurang-kurangnya dia bertindak juga.

PROS
Berkesanlah jugak halau jerawat
Bau teatree sedap, takdelah bau macam ubat tengik

CONS
Ambil masa lama nak keringkan jerawat
Pedihnya tak terhingga (rasanya sama macam pakai T3 gel)
Melekit


Mana Tsumiki dapat semua ni? HAHAHAHAHA
Tsumiki beli online dari Hermo.my. Kalau ada sale sampai nak gila memang Tsumiki pun menggila nak beli apa yang patut. Kat SASA pun ada jugak brand YADAH ni.
Oh lupa nak gitau, YADAH ni brand dari Korea dan brand ni lebih ke arah mengeluarkan produk yang organik, bebas kimia berbahaya. Jadi sebab tulah nak cuba-cuba sikit.

hahahahaa. thanks for reading~ =)



0

tips untuk bakal pelajar Animasi UiTM~

Oraittt. Ada gak masa untuk blog. Baru-baru ni Tsumiki dapat pertanyaan dari dua orang adik pasal course animasi kat UiTM. hee. Terima kasih kerana sudi bertanya ye dik! I appreciate it so much :)))

(taknak share drawings ngn hasil kerja. buwokk :( hee)

Untuk pengetahuan adik-adik (cehh bajet tuaanye), Tsumiki ni pelajar semester 5 Ijazah Animasi kat UiTM Puncak Perdana. So, Tsumiki pun baru dapat tahu katanya Diploma Animasi dah buka (yeke?) soo Tsumiki rasa macam nak kongsi dengan adik-adik tentang course ni.

1) First thing first, adik2 kena mohon dulu kat UPU ye. cari course Diploma Teknologi Kreatif Animasi atau Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Animasi kat UiTM. Tapi Tsumiki tak pasti laa kalau dia dah bertukar nama, sebab Tsumiki dah lama masuk. So at least try cari betul2, pastikan course yang betul adik pilih tu. Sebab dah banyak sgt da kes kawan-kawan akak tersilap pilih course, pastu tak pasal-pasal dia berhenti sebab takleh bawak. Jadi hati-hati ye.

2) Make sure peka dengan pengumuman kat internet ke apa, kalau dia suruh check, check. Pastu pastikan bila tarikh temuduga tu bila dan kat mana. JANGAN TERLEPAS tau.... :3

3) Pengalaman temuduga pulak, secara jujurnya Tsumiki takde pengalaman temuduga secara berhadapan. Tsumiki dapat temuduga melalui perbualan telefon, dan Tsumiki pun tak tau kenapa (ingat aku jauh sgt agaknyaaa haha). 

4) Menurut rakan rapat Tsumiki, adik2 kena datang kampus yang adik kena datang, pastu bawak dokumen yang patut dibawa, etika pakaian kena menepati sahsiah rupa diri, pastu jangan lupa bawak alatan untuk melukis seperti kertas A3 dan pensil atau apa2 jelah. Adik2 kena cari file PDF pasal syarat2 temuduga ni, sebab dalam tu ada lah dia mention pasal semua ni.

5) Lepas tu, bila tiba waktu temuduga, adik2 akan ditemuduga ikut giliran oleh para pensyarah dari Jabatan Animasi la. Biasanya diorang akan tanya isu semasa tentang industri animasi tempatan. Pastu dia akan tanya kenapa adik2 nak masuk course ni dan apa yang adik2 nak sumbangkan pada industri nanti. Get ready yeeeeeee (^________^)

6) Lastly diorang akan buat ujian melukis. Fuhhh. yang ni memang adik2 kena tunjuk bakat melukis sepenuh hati tau! Diorang akan bagi masa, pastu letak barang atau orang kat depan dan lukis lah. Tapi Tsumiki tak tau la kalau kali ni dah lain cara ujian melukis nya. Things change kan? mweehhehee~

7) Cakap pasal melukis, korang kena asah dari sekarang bakat melukis tu, dan BIASAKAN melukis pakai traditional style (atas kertas gitu ler) dan digital style (guna drawing tablet). sangat penting tau. Ada masa ni, berlatih tiap2 hari, dan kalau boleh, beli drawing tablet siap2! Tsumiki rekemen jenama Wacom Intuos atau Huion. Saiz tu, lagi besar lagi mahal. Kalau ada banyak duit, belilah Wacom Cintiq terus. teeheeeeee XD

8) Pastu paling paling penting. Laptop/PC adik2. kalau boleh, pastikan laptop/pc adik2 power dan RAM atleast 4 gb ke atas. Brand tak kisah. Janji spec power. Tsumiki rekemen beli yang gaming terus. Mahal memang mahal, tapi senang sikit buat kerja. Kalau yang minat animasi 3D lagilahh kena power. Serius Tsumiki cakap. untuk memudahkan kerja adik2. Laptop adalah nyawa, dan jantung hati adik2 sepanjang pengajian. Rata2 rakan2 Tsumiki tertewas/extend semester di tengah jalan sebab laptop/pc buat hal atau rosak. Ini memang sangat menyedihkan dan menyusahkan adik2. Tapi kadang kalau power tetibe jeng juga apa boleh buat. Musibah bila2 boleh berlaku. Tsumiki kalau laptop mula buat hal sket memang boleh berair mata ohh. Sakitnya tu di sini~~

9) Pasal software pula, buat masa ni, untuk animasi 2D, pensyarah akan ajar Adobe Photoshop dan Toon Boom Studio 5. Kalau untuk animasi 3D, software yang diajar adalah Autodesk 3Dsmax 2010 atau Blender. So kenal2 la software ni sebelum masuk ye. Time belajar pun adik2 boleh je nak pakai software yang memudahkan kerja adik2, tapi yang 4 software ni mesti kena tahu at least. Untuk memudahkan adik2 faham interfacenya. Para pensyarah takkan ajar semua, ada sesetengah adik2 kena cari tutorial sendiri kat mana2 dan belajar sendiri.

10) Last sekali..... ni yang Tsumiki nak pesan kat adik2 yang berminat nak ambil course nih. Adik2 kena ada KESABARAN, KERAJINAN dan KETELITIAN yang tinggi untuk menghadapi course ni. Sebab assignments dia mungkin banyak, bertulis pun ada, melukis pun ada, pakai software pun ada. Adik2 kena tekun, kena rajin, jangan malas2. Jangan sesekali tangguh kerja. Sekali tertangguh, memakan diri. Pastikan kerja ikut minggu yang pensyarah dah tetapkan. Kerja kena kemas, jangan comot-comot.

Alriteeeee. Rasanya uhhhh penat gak menaip huh. Banyak sebenarnya nak kongsi, tapi Tsumiki prefer adik2 alami la sendiri dan rasailah sendiri perjalanan bergelar pelajar Animasi ni. Tak susah pun kalau kita betul2 gigih usaha. Lagi2 kalau adik2 dah minat, Teruskan! jangan mengalah tau... jangan rasa takut nak ambil.. Kalau minat, suka melukis, suka buat cerita, suka buat komik, suka animate, teruskan dengan bidang ni! Abaikan kalau org cakap bidang animasi ni tak hebat macam bidang lain la apalah.... It's your choice, not theirs! Good luck ye adik2. :P


MAJULAH ANIMASI NEGARAAAAAAAAAAAAAAAAA AARGRHHHHH XD

55

5th semester


auwwcak~

sikit je lagi nak habis.

sikit je lagi.

aawuhhhhhhhh makin lama makin berdebu blog Tsumiki ni.
sorry sangat bloggie sekalian.

takpelah, Tsumiki cuba gak cari masa. padahal banyak je masa tu. tapi itulah. apahallaaaaa malas sangat. bukak blog pandai, tapi nak update, pemalas. puihhh kat diri sendiri. hee.

Sedar tak sedar, Tsumiki dah masuk semester 5 degree Animasi UiTM! Yeahhhhhh. That feels! Rasa mcm mak aiii tak sabor benor nak habis degree dan kerja. Pastu nak sambung master lagi. Pastu nak kahwin la apelah. adehhh. Banyak benda lagi nak kena rancang.

Sekarang Tsumiki rasa stabil sikit la dengan pelajaran semua. Alhamdulilah last sem Tsumiki dapat capai target Tsumiki. Sekarang ni tengah nak tingkatkan lagi. Sementara masih bergelar pelajar, memang Tsumiki kena laksanakan tanggungjawab belajar sebaiknya. yehooo

Lagi pun subjek dah makin berkurang, dan dah mula bekerja untuk thesis dan final year project. Yeahh. Alhamdulillah idea cerita dan konsep visual animasi yang Tsumiki buat dah diterima dan diluluskan oleh penyelia dan para pensyarah lain. Yeahhhh lg. :D

Untuk projek final tak berseorangan. yeahh kita ada partner yang sudi bekerjasama dengan dia. Walaupun dia berlawanan jantina dengan kita tapi kita suka kerja dengan dia. Aumm. (gedik plak tetibe) --"

Saja nak mengada tunjuk ni. Tengok la sikit.
Penat lukis beribu kali. Konsepnya simple je.

alaa tomey2nyeeeee XD

HAHAHAHAHAHAHAHHAA
sambil buat sambil kikkikkikiki.

MENATANG APA AKU LUKIS NI.

okey bai sambung buat assignment. luls


0

(REVIEW TH) SAFI skincare

tak tau nak update apa, makanya kita tiru sikit ala-ala beauty blog giteww

kita student lagi, kekadang takdak duit nak beli mahal2 punya.

well, kita adalah cuba guna SAFI :3

sapa pernah pakai SAFI gak? meh high fiveeeeee

geng-geng muka Tsumiki
yeahh. SAFI SAFI SAFI.

Sejak sekolah menengah, Tsumiki mula pakai rangkaian produk SAFI ni, sebab itulah yang paling mampu nak beli pun. Mula pakai pencuci muka dengan pencuci muka jenama CNI (tak taulah korang tau ke tak heee), dan agak bagus jugalah pencuci tu, dia macam okeylah dengan semua jenis muka.

Bagi Tsumiki, SAFI okey gak. ni salah satu jenama dari Malaysia yang Tsumiki percaya. lagi-lagi Tsumiki pulak jenis tak berani nak cuba jenama lain. Kulit Tsumiki pun jenis yang agak sensitif jugak la (kena sunburn sikit dah gatai2 adoih -_- )

Tsumiki pernah try Garnier masa awal nak masuk Diploma, tapi mashaAllah daripada muka tak berjerawat tetiba wujud pula jerawat, terutamanya atas dahi. uyooooo masa tu gelabah betoi O_O

pastu tukar SAFI balik, terus okey sikit. tapi jerawat tu masih ada kadang-kadang terutamanya masa datang bulan. haishhh. jerawat oii. stress

lama sangat pakai SAFI ni. tetiba bila dah nak masuk degree tu muka makin lama tetiba ada jerawat, muka makin kering. tak tahu kenapa. mungkin sebab cara hidup yang tak berapa sihat? yelah, student kan.. makan tak jaga, tidur tak jaga. tak taulah kalau dah lama sangat pakai SAFI muka dah immune sangat pastu dia dah tak berkesan (ehhh biar betul?) tapi SAFI masih okey lah sebenarnya.

sejak dari tu, Tsumiki fikir mungkin Tsumiki kena look forward kat jenama lain pulak. Kena korban duit sikitlah untuk produk kecantikan, sebab Tsumiki bukan jenis yang pakai makeup. Makan pun dah makin tak terjaga balik, mungkin sebab tu lah kot muka Tsumiki tak selamanya okey. dengan stress management yang tak terurus bila dah nak habis degree ni. grrr

baru sedar jenis kulit Tsumiki ni dah jadi combination skin. dulu muka normal je, tak berminyak sangat pun, tapi sekarang dah tak seimbang. tak tau kenapa (=="). mungkin satu lagi sebab fakto usia semakin meningkat? who knows kan? hmmm

jadi kesimpulannya, SAFI banyak membantu Tsumiki masa zaman puberty dulu. sekarang dah tak pakai dah. Tsumiki pakai jenama lain dah.

takpalah. insyaAllah nanti Tsumiki kongsilah jenama apa yang Tsumiki nak try nanti.

apapun, bagi Tsumiki, SAFI adalah salah satu jenama tempatan yang bagus jugak tau. :)


2

dasar pemalas

rupa terbaru Tsumiki


yeah dapat gak update blog. sorry for the long wait and long hiatus guys~

Tsumiki sibuk bebenor sejak dah nak habis degree ni. Makin lama makin sebok seseboknya.

trying to find the right time to renew the blog, membersihkan sarang labah2 dan habok yang sewaktu dengannya.

yeahhh new blog design! (template je pun. ceit)

internet tak kaya buat masa ni, memang Tsumiki terpaksa tangguh banyak kali nak update blog, perkembangan dan perkongsian Tsumiki. sorry tauuu tautuatuautauuuu.

okey papai
0

copyright © . all rights reserved. designed by Color and Code

grid layout coding by helpblogger.com